Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kayu bakar punggung BERJAYA MENCAPAI 334 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SUNAN IBNU MAJJAH

331  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3332.
Mewartakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, mewartakan kepada kami Abu Dawud, mewartakan kepada kami Abu 'Amir Al-Khazzaz, dari Al-Hasan, dari Sa'ed maula (mantan budak dari) Abu Bakar. (Dia adalah Sa'ed yang menjadi pelayan Nabi saw., sedangkan dia itu dikagumi haditsnya), bahawasanya Nabi saw. melarang menggabungkan. Yakni perihal kurma. Dalam Az-Zawa-id: Ini adaiah isnad yang sahih. Para perawinya terpercaya. Oleh penyusun kitab ini, bagi Sa'ed tidak ada hadis selain ini. Dan pula tidak ada sama sekali dalam Kutubus-Sittah.

332  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0813.
Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ash-Shabbah; mewartakan kepada kami Sufyan, dari Ayyub, dari Qatadah dari Anas bin Malik. Mewartakan kepada kami Jubarah bin Al-Mufhallas mewartakan kepada kami Abu 'Awanah, dari Qatadah, dari Anas bin Malik, dia berkata: "Adalah Rasulullah Saw., Abu Bakar dan 'Umar memulai qiraat dengan Al-Hamdu lillaahi rabbil-'Allamiin.

333  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0635.
Mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Al-Jarrah; mewartakan kepada kami Abul-Ahwash, dari 'Abdul-Karim. Mewartakan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalaf mewartakan kepada kami 'Abdul-A'la, dari Muhammad bin Ishaq Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami 'Ali bin Mushir, dari Asy-Syaibaniy. Semuanya dari •Abdurrahman bin Al-Aswad, dari ayahnya, dari 'Aisyah, dia berkata: Adalah salah seorang daripada kami, Ummahaatui Mu-minin, apabila dalam keadaan haid, diperintahkan Nabi Saw. untuk menutupi (sebahagian besar) badannya dengan kain. Kemudian beliau menggumulinya. Dan siapakah diantara kamu yang dapat menguasai syahwatnya sebagaimana Rasulullah Saw. menguasai syahwatnya?"

334  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0931.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan! Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan, dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. " Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapa dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu."